Calvin Klein Inc.
Calvin Klein Inc.

Calvin Klein Inc.

Calvin Klein Inc. ialah sebuah rumah fesyen mewah Amerika yang ditubuhkan pada tahun 1968. Ia mengkhusus dalam kulit, aksesori gaya hidup, perabot rumah, minyak wangi, perhiasan, jam tangan dan siap pakai. Syarikat ini memiliki permodalan pasaran yang besar dalam talian runcit dan komersil serta pakaian haute couture. Syarikat ini diasaskan oleh pereka Calvin Klein dan rakan masa kecilnya, Barry K. Schwartz.[1][2] Syarikat itu beribu pejabat di Midtown Manhattan, New York City.[3]

Calvin Klein Inc.

Industri Pakaian, wangian, fesyen
Induk PVH
(2002–kini)
Bilangan pekerja 1001-5000 (2015)
Perancang utama TBA
Ibu pejabat New York City, U.S.
Pengasas Calvin Klein
Laman sesawang CalvinKlein.com
Ditubuhkan 1968; 52 tahun yang lalu (1968)
Jenis Anak syarikat